Beautiful * Monster }










profile friends entry dashboard followers facebook twitter older newer
❁ A week In PASUM
Friday, June 28 | 19:49

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak cerita pasal PASUM yg ada beberapa pihak request.
Lama jugak aku cari mood nak post entry kali ni.
Sampai hari hari korang tanya aku bila nak update blog pasal PASUM.
Akhirnya aku jumpa jugak moodnya. Alhamdulillah.

Macam mana nak mulakan ye?
"Dgn Bismillah lah Fasha."
Ehem okay Bismillahirrahmanirrahim.

Dulu aku selalu tweet tweet pasal PASUM.
And semua orang jugak selalu lah kalut nak tanya PASUM tu natang apa.
Penat aku rewind jawapan PASUM itu , PASUM ini.

So, apa sebenarnya PASUM? Macam mana nak masuk PASUM? Apa life dkt PASUM? Apa kelebihan PASUM?
Jadi, berdasarkan pengetahuan aku yg tak seberapa ni dan pengalaman aku dekat PASUM yg hanya selama seminggu.
InsyaAllah persoalan korang akan terjawab.



Soalan 1
PASUM tu menda apa?


PASUM ni nama singkatan untuk Pusat Asasi Sains University Malaya or as known as Perjalanan Aku Sebagai Umat Muhammad. Pelajar PASUM hanya terdiri daripada warga Bumiputera sahaja yg ambil course Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal dan Asasi Alam Bina. Selalunya majoriti pelajar ialah pelajar Asasi Sains dan Alam Bina minoriti. Dalam seribu lebih pelajar, Alam Bina cuma ada 60 ke 80 orang pelajar. Sikit kan. Tapi sama je. Semua digelar pelajar PASUM. Bukan senang nak belajar masuk UM ni. Siap ada temuduga bagai.



Soalan 2
Macam mana nak masuk PASUM?


Rasanya yg ni tak payah terang panjang lebar kot. Apply je lah UPU after SPM. Dulu aku letak Asasi UM sebagai first choice, kedua UIA, ketiga UPM, keempat kelima keenam ketujuh kelapan apa dia tah aku dah tak ingat.



Soalan 3
Interview PASUM susah tak? Apa yg dorang tanya? Kena pakai baju apa? Kasut boleh warna warni tak or kena warna gelap je? Kena bring along apa-apa sijil documents tak?


Ni dah lebih dari satu soalan sebenarnya. Tapi tak apalah, aku pendekkan soalan menjadi "Tolong ceritakan pengalaman dari rumah sampailah ke saat ditemuduga oleh pihak UM"

Sebelum tu, nah untuk tatapan mata


;click to enlarge
THE AWESOME LADIES
From left; Didi , Tikah, Nurul , Fasha , Tihah


Gadis gadis Melayu yg cantik jelita dkt atas ni terutama yg baju purple pakai spect tu ehem, diaorang ni teammates aku yg dipilih oleh pihak UM mengikut turutan huruf abjad pangkal nama. Means, tak boleh nak pilih pilih kawan lah. And aku rasa korang boleh nampak kan kitaorang pakai baju apa, kasut apa, kena bawak sijil and all those documents ke tak. Boleh kan kan kannn. Kalau tak nampak jugak, 3 kali Jumaat.


Alhamdulillah, gegirl yg cecantik ni semua berjaya dlm interview UM. Tapi Didi dgn Tihah dah masuk UTP, so dorang refused nak masuk UM. Cuma aku, Tikah dgn Nurul je yg accepted the offer. Aku ada jumpa Tikah, tapi aku tak pernah jumpa Nurul. Kengkawan sekolah aku pun, aku tak jumpa. Ini bermaksud, pelajar PASUM yg seribu lebih tu, memang takkan sempat kalau kau nak kenal dgn semua orang dalam masa setahun. "Tapi sekarang ni Fasha, kita tengah cerita pasal interview." Okay okay sorry back to the topic.


Boleh nampak tak kemesraan kami dalam gambar tu? Nampak tak nampak tak? Tak nampak? Okay nah lagi satu gambar.




;click to enlarge
Ignore my face please -_-


Haaa. Dah boleh nampak tak kemesraan, kegembiraan, kebahagiaan, kelegaan dkt muka pretty ladies ni. Gambar ni captured time dah habis interview dkt luar classes. Semua happy, tukar-tukar numbers, facebook, twitter.


Apa aku nak cakap dkt sini, korang kenal kenal lah dgn teammates korang tu. Gegirl ni before interview, kecoh gila luar class, sembang itu ini, tanya asal dari mana lah, sekolah mana lah, SPM berapa lah. Semua nak cover nervous masing masing. Aku paling suka bila part sembang English, one of us tanya "Wehh korang nak cakap English tak nanti?" And everyone was like "Aku tak reti English" "Tibai je lah cakap melayu, kita kan Melayu" "English aku pun berhabuk" Bila dalam bilik, English semua orang perghhhhh kalah minah mat salleh. Well ini menunjukkan, betapa humblenyaaaa orang Melayu kita tak mengaku hebat English dgn orang lain. So nasihat aku, korang janganlah nak belagak bagus pulak time interview nanti, siapa tahu, the stranger sitting next to you is way better than you might expected.


Masa memula sampai, kena pergi this one hall. Time Minggu Haluan Siswa (MHS) baru aku tahu 'hall' tu dipanggil Auditorium. Audi memang sejuk sangattttt. Korang kena isi satu borang, duduk random, tunggu pegawai or professors or teachers yg bertugas called out your name and then follow the officers to the place yg korang akan ditemuduga.


Selain dari 'get to know your teammates' session. Baca lah doa bebanyak. Minta Tuhan lembutkan lidah korang, lancarkan perbuatan korang bila kena interview nanti. Siapa yg pernah pergi Educamp UTP, korang mesti tahu apa itu case study. UM pun ada case study cuma lagi simple.


As we entered the class, we saw two beautiful ladies were smiling and asked us to put all our documents on the table in front of them. Then, instead of terus duduk, kitaorang stand still sampai one of the judges suruh kitaorang duduk dan buat macam rumah sendiri. Aku cuba untuk senyum semanis mungkin  untuk legakan hati jantung paru paru limpa buah pinggang semua yg dok ketaq time tu. Class pun ada air-cond, dalam otak aku time tu cuma pikir 'Fasha, kau kena masuk UM. Class ada air-cond sedap tidur ni takyah balik hostel!' Okay jk. Aku tak pikir pun macam tu. 


Lepas dah 'introduce yourself' session, kitaorang dapat task dari judges 10 minit untuk discussion 'Beri 5 karakter yg diperlukan seorang pelajar untuk score empat rata'. All in English, I repeat all in English. The discussion, the presentation semua mesti dalam English. Bila Q&A session baru dwibahasa balik. Be cool because the judges are good, nice, there is nothing to worry about. Masa untuk temuduga sekejap je. Tapi masa menunggu tu yg lama. So grab the chances to remember anything or something and keep it safely in your brain. Remember winners take chances, loser never choose. Good luck.


Soalan 4
Kenapa pilih PASUM?


PASUM ni best. #SeriousTalk . Walaupun strangers sekeliling korang, tapi cuba kenal antara satu sama lain. Semua peramah. Yelah, dgn siapa lagi korang nak berkawan kalau bukan bebudak PASUM jugak kan. Korang dah macam one big happy family. Bak kata Mr Z dkt bebudak Sains Fizikal, "pelajar Alam Bina tu adik beradik tiri korang , pelajar sains hayat tu sepupu korang








Ni view KK12 dari balkoni bilik aku. KK12 ada 4 blok. Blok A blok B penghuni lelaki, blok C dgn blok D penghuni pelajar perempuan. Kalau korang dapat bilik yg menghadap tasik mcm bilik aku ni best lah. Kalau stress pergi balkoni, tengok tasik. Tapi yg perempuan pandai pandai jaga aurat lah nohh, blok laki depan tu je hah. Nak skodeng apa pun boleh. Hem hem.


Yg dekat bawah sebelah tasik tu pulak ialah cafe KK12. Atasnya ada dewan. Cafe dia best, memalam kalau kau teringin nak roti canai pun ada jual. Harga pun not bad lah untuk pelajar asasi. Tak mahal sangat. Wifi pun ada ! Tapi tak laju mcm KK lain lah. Maybe sbb wide range dia limited.... kot 


Apa lagi kelebihan PASUM? Haa part ni paling best, PASUM ni dekat tengah tengah KL. Midvalley tu boleh dikatakan rumah kedua bebudak PASUM. Mcdonalds Bangsar pun ada. Kalau kau nak layan bola memalam boleh pergi kedai mamak dkt Bangsar. Mahbub ada, Devi's Corner ada, macam-macam ada. Bercakap pasal layan bola ni, jarang game ada time siang kan, gate UM ni sentiasa terbuka untuk korang keluar masuk. Cuma kalau nak masuk after 10pm je kena tunjuk kad matrik. Katakanlah hari Jumaat kelas kau habis pukul 12 tengahari. Lepas tu nak balik rumah terus pun boleh. LRT dekat je.


Banyak kelebihan PASUM ni. Kawan ramai, lecturers gempak, sempoi. Hostel 3 bintang. Ada tempat sukan, gym, swimming pool pun ada. The last night before aku tarik diri aku join member member aku pergi swimming swimming. Perghhh bestnyaaaaaa. Padang pun banyak. Court futsal ada, court tennis ada, kedai gunting rambut, kedai photostate ada dkt blok C. Kedai runcit dkt blok B. Rugi kalau kau dapat offer UM tapi tak masuk. Orang berebut rebut nak masuk UM, kau boleh tolak pulak. Lain lah kalau kau dah sambung belajar baru dapat offer UM or kau dapat offer lagi bagus dari UM.



Soalan 5
Minggu Haluan Siswa berapa lama? Best tak? Siapa yg handle? Apa aktiviti?


Minggu Haluan Siswa atau MHS selalunya seminggu dan akan dihandle oleh fasilitator pelajar FP atau sebelum ni dikenali sebagai pembantu pelajar PP yg tua setahun dari korang. Means bekas pelajar asasi batch sebelum korang yg akan handle program tu. Yg ni, aku tak boleh comment lelebih sangat sebab MHS best atau tak best ikut cara pengendalian fasi korang. "Fasi kau macam mana Fasha?" Fasi aku? Hm hmmm hmmmm hmmmmmm. Berat mata memandang lagi berat bahu yg memikul. Faham faham  sendiri lah noh. Tiga benda je yg  buat aku tertarik dgn MHS. Xi Shua Shua, Gummy Bear, dgn Sir Magets with the laser. Xi Shua Shua ni tarian lejen bebudak PASUM. Diwarisi dari batch ke batch. Gummy Bear ni pun tarian jugak. Ni dia tarian gummy bear.




Comel kan? Kengkadang kalau aku malas pergi jogging pepagi, aku ajak mak aku senam robik dekat ruang tamu haha. Peluh sebaldi wooo kalau korang menari betul betul.



Soalan 6
Macam mana life dekat PASUM?


Yg ni aku tak boleh jawab kot. Sebab aku dekat PASUM seminggu lebih je. Sempat lah jugak pergi lecture, lepak cafe KK12, KK11, KK5, round UM, pergi PPUM. Overall aku nak state dkt sini, PASUM SANGAT  SANGAT WONDERFUL AND INCREDIBLE PLACE for a studentKorang jengah jengah le blog orang lain okay kalau nak tahu pasal life PASUM dgn lebih lanjut. Aku ada tinggalkan link dekat bawah kalau korang nak teruskan blogwalking.


Akhir kata, selamat belajar ;)






note: Just one click, and you'll gain another experiences. Azwaa , Cik Nadia , Syafiq Asyraf , Syahirah Nadia , Aqiela Syahina , Iqbal hakimi , Wan Faiz , Afina Sabri , Kiasatina , Mirul Kimie , Haifa , Rashdan and Google .