Beautiful * Monster }










profile friends entry dashboard followers facebook twitter older newer
❁ Doa kepadaMu Ya Allah .
Saturday, August 25 | 01:53



" Awak jodoh itu rahsia Allah..

☻♥☻

/█\/█\
.||.||.
SEKUAT mana awak setia...

SEHEBAT mana awak merancang...
SEJAUH mana awak menunggu...
SEKERAS mana awak bersabar...
SEJUJUR mana awak menerima saya...


Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama..Kita Tetap Tidak Akan Bersama..

Saya harap awak faham "


Assalamualaikum .
Tadi terbaca kata-kata puitis ni dekat status facebook si dia .

Ya Allah . 
Aku sedar sekarang . 
Selama mana aku pertahankan ego aku , kebahagiaan takan datang menjenguk kehidupanku . 
Sekuat mana aku teguhkan prinsip aku , akhirnya rebah mencecah bumi Tuhan juga . 
Sedalam mana kasih sayang aku kepada dia , tak dapat tandingi perasaan si dia terhadapMu . 

Ya Allah .
Terima kasih . 
Kau panjangkan umur aku . 
Kau beri aku peluang untuk menjalani kehidupan sebagai manusia .
Kau beri aku peluang untuk mengenali erti kasih sayang sebenar .
Erti persahabatan abadi .
Erti perhubungan yang jujur .

Ya Allah . 
Sekiranya si dia adalah jodoh aku , Kau panjangkanlah jodoh kami sehingga ke akhir nafas kami .
Sekiranya dia bukan untuk aku , bawalah aku pergi jauh dari semua ini .
Kau temukanlah aku dengan seseorang yang mampu memberi aku senyuman dan kebahagian yang aku cari selama ini tanpa alpa terhadapMu .
Dan kau berikanlah dia pegantiku yang dapat menerimanya dengan redha dan ikhlas serta mampu menemani dia siang dan malam . 
Sesungguhnya, aku menyayangi dia kerana dia menyayangiMu .

Ya Allah . 
Perkenankanlah doaku ini.
Sesunguhnya aku hanyalah hambaMu yang mencari sinar kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidupnya di atas muka bumi ini.
Aminn .



p/s: Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati.