Beautiful * Monster }










profile friends entry dashboard followers facebook twitter older newer
❁ Idola
Friday, December 12 | 19:09

Assalamualaikum.


Minggu lepas Sha dgn kawan-kawan jadi fasi untuk tolong lancarkan aktiviti-aktiviti Kem Celik al-Quran dkt Masjid Sek 7 for a week. Tapi sha bukan nak cerita pasal aktiviti dkt sana. Sha nak cerita pasal soalan yg adik-adik perempuan tanya waktu slot bersama Ustazah Aida hari Jumaat lepas. Actually, slot ni fasi yg handle sementara tunggu Ustazah datang. So, kitaorang minta adik-adik untuk tuliskan apa-apa soalan dkt kertas and pass ke depan. So bila soalan pun dah dikumpulkan, not surprisingly, soalan yang paling banyak ditanya pasal crush. Why? Sbb ustazah Sha, mak Sha pun ada cakap, at their age mmg diaorang sibuk nak couple nak kenal dgn lelaki. Baru nak matang lah katakan. (Jangan cakap diaorang, akak-akak fasi pun dah pernah rasa mcm tu haha)


Ada satu soalan adik perempuan tanya yang Sha rasa interesting sangat. "Bolehkah kita jadikan orang yg kita sayang sebagai orang yg kita minati?" So I took the courage to answer that question. Sha teringat ada satu ceramah Sha pergi or tengok dekat tv (I couldn't remember but I think it was '3 Ustazah' on Astro Oasis) the topic was about Idola. Ustazah tu cerita, dia pernah tanya sorang anak murid dia, "Siapa idola kamu?" Anak murid tu jawab "Saidatina Aisyah ra." Ustazah tanya lagi, "Kenapa bukan ibu kamu?" Anak murid tu jawab "Sbb ibu tak hebat mcm Saidatina Aisyah." Allah. Macam tu anak muridnya jawab. Ustazah pesan pada penonton yg ada dkt masjid dan penonton dirumah, jadikan ibumu, idolamu. Walaupun ibu tak hebat, walaupun ibu tak kaya, walapun ibu tak istimewa, walaupun ibu tak berjihad, jadikan ibu idolamu.


Kenapa?


"Kalau ibu tak hebat, ibu tak mampu membawa kandungan selama 9 bulan. Ibu tak mampu melahirkan anak-anaknya. Ibu tak mampu membesar dan menjaga anak-anak ibu sampai sekarang.
Kalau ibu tak kaya, tak ada sedikit pun kasih sayang ibu yang anak-anak ibu rasa sekarang. Ibu tak kaya dengan duit, tapi ibu sangat kaya dengan kasih sayang. Siapa yang mampu beli kasih sayang ibu? Sekaya manapun seseorang itu, pasti tidak mampu dia menghidupkan ibunya yang telah meninggal dunia semata-mata untuk dapatkan kasih sayang ibu. 
Kalau ibu tak istimewa, tak ada anak-anak ibu di muka bumi ini. Allah swt berikan keistimewaan iaitu kelebihan kepada ibu untuk mengandung. Tak semua perempuan mampu untuk mendapat zuriat wahai anakku.
Kalau ibu tak berjihad, mengapa kamu berada di atas dunia ini wahai anakku? Tahukah kamu apabila seorang ibu sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
Dari Jabir bin ‘ Atik, Rasullullah S.A.W bersabda : “ Mati Syahid itu ada tujuh selain mati terbunuh dalam medan perang.Yang pertama ialah mati kerana penyakit tha’un.Kedua mati kerana tenggelam .Ketiga mati kerana penyakit lambung.Keempat mati kerana sakit perut.Kelima mati kerana terbakar.Keenam mati kerana ditimpa keruntuhan dan ketujuh,wanita yang mati ketika hamil atau kerana melahirkan anaknya ” ( Hadis Ahmad Abu Dawud,Nasa’I dan Malik )."


Hebatnya ibu kita tak dapat bayangkan. Baru Sha nak sambung cerita, suddenly ada sorang adik angkat tangan dan tanya "Kak Fasha, kalau orang yg kita adore tu org yg kita suka macam mana pulak?" Sha faham apa yg adik tu cuba tanya. Crush. Time tu Sha terfikir kenapa kita nak jadikan lelaki/perempuan yang bukan mahram sebagai idola kita? Atau mungkin mereka hamba Allah yg taat, soleh solehah, jadi tak salah untuk kita minat cuma pastikan niat kita tu betul. Minat kerana perasaan suka (sayang) dekat dia atau minat cara kehidupan dia. Mungkin minat cara dia belajar, cara dia menjadi anak yang patuh pada ibu bapa atau cara dia balance-kan kehidupan dia rohani emosi dan jasmani. Jadi niat yg betul melahirkan perbuatan yg betul. 


Kebetulan Ustazah Aida dah sampai waktu Sha jawab dan ustazah angguk dengar jawapan Sha so Alhamdulillah Sha tahu jawapan Sha tak salah. Yelah takut jugak kita jawab benda yang salah dkt adik-adik kan.


Baru Sha nak habiskan, ada lagi sorang adik tanya, "Kak Fasha, kalau orang yang kita minat tu artis macam mana?" Haa kali ni pulak Sha teringat zaman MRSM. Ada seorang kawan ni, dia minat sangat dengan artis Korea. Minat yg melampau-lampau sampai dekat atas meja, gambar dlm phone, wallpaper phone penuh gambar artis Korea. Pernah jugak Sha tanya kawan Sha tu kenapa gambar artis Korea penuh atas meja dia tapi gambar mak ayah dia tak ada satu pun yang Sha nampak. Sampai ustaz pun tegur. Tapi Alhamdulillah, tak lama tu dia letak gambar mak ayah dia atas meja. 


Tak salah untuk kita minat tapi jangan sampai lupa Allah, lupa Rasulullah, lupa mak ayah. Hari-hari kita dengar lagu artis yang kita minat, berapa kali kita dengar dan sahut laungan azan? Hari-hari kita seronok bersembang dan cari update terbaru pasal artis yang kita minat, berapa kali kita seronok dan ikhlas salawat ke atas Nabi Muhammad saw? Hari-hari kita tengok gambar artis yang kita minat, berapa kali kita tengok muka mak ayah kita dalam sebulan? Sekadar minat untuk perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik tak salah, cuma jangan minat sampai tersasar dari niat yang sebenar. Sebagai contoh, minat sangat dgn artis tu sbb dia rajin bekerja mencari rezeki yang halal dan tak lupakan keluarga, tapi bukan minat artis tu sampai diri sendiri pun berkeinginan untuk berpakaian seksi dan ketat menampakkan aurat dan susuk tubuh badan kepada yang bukan mahram. 


Alhamdulillah ustazah Aida pun nampak puas hati dengar jawapan Sha. Banyak lagi soalan adik-adik tanya tapi tak semua yang Sha atau fasi-fasi lain jawab. Lepas habis slot pun still ada adik-adik yang semangat tanya itu ini dekat akak-akak fasi. Kelakar pun ada dengar soalan-soalan diaorang ni. Tapi macam ustazah cakap, benda biasa budak-budak banyak bertanya sbb perasaan ingin tahu tinggi dan dalam proses pembesaran. Dkt Kem Celik al-Quran ni bukan setakat adik-adik je yg belajar pasal fardhu ain dll tapi fasi-fasi pun banyak belajar sepanjang kem ni. Mcm Sha sendiri, Sha dapat belajar untuk cuba jawab sebaik mungkin kalau ada orang tanya apa-apa and kalau tak tahu refer pada yang lebih mahir. 


So setakat ni je Sha nak share cerita. In shaa Allah lain kali Sha post entry baru lagi. Last but not least, nah Sha belanja sikit gambar time aktiviti.























with love,







note : Renung-renungkan, selamat beramal :)