Beautiful * Monster }










profile friends entry dashboard followers facebook twitter older newer
❁ PLKN
Saturday, April 13 | 18:20

Assalamualaikum

dan salam 1 Malaysia ! (jawab dengan semangat Malaysia Boleh !!! )


Atas permintaan beberapa pihak tertentu and a few friends of mine kali ni aku akan cerita pasal PLKN.
Ni info yang kauorang boleh guna dan pakai based on my experience if you guys kena jadi tahanan PLKN for 3 months macam aku . Before tu , nah untuk tatapan sikit . 


; click to enlarge


Why you have to reply 'Malaysia Boleh' after your teacher give salam 1 Malaysia ? Kenapa kauorang kena jawab gitu? Dah arahan gitu . Buat je lah . Okay tak sebenarnya itu salah satu cara JLKN nak pupuk semangat cinta Malaysia dalam diri kauorang . Tak percaya ? Okay kalau aku tanya sekarang kau dah bersedia nak pegang M-16 perang lawan musuh , sebagai contoh bunuh pengganas yang menceroboh Sabah kau agak-agak kau dah bersedia ? Tepuk dada tanya selera . Ada kena mengena ke ?


Wahai bakal wira dan wirawati negara , baca sini wirawati Fasha nak berconteng-monteng. Amboi macam utusan diraja . First aku dapat tahu aku masuk PLKN , memang tak suka lah . Menangis bagai dekat mak  masa tengah on call dekat MRSM . Siapa suka kena pergi PLKN angkat tangan ? Okay diam. So lepas tu aku ada lah buat research sikitsikit dekat tenet . Tanya kaum kerabat , sahabat handai yang dah berpengalaman pergi masuk penjara kontrak 3 bulan sebelum aku . Dan macam biasa ucapan tahniah mengakhiri lepas dapat jawapan akhir macam gini "Lain orang , lain pengalaman dan lain pendapat sebab setiap kem berbeza . Apa-apa pun tahniah!!!!!!"

Emm. K.


Kalau kauorang tertanya-tanya kenapa kauorang antara mangsa bertuah untuk pergi pakej percutian 3 bulan tu , antara sebab-sebabnya :


1. Kau anak last yang ada adik beradik lain yang tak ada sorang pun pernah pergi PLKN .
2. Kau tetap kena pergi walaupun ada adik beradik lain yang dah pergi mungkin berdasarkan prestasi kau dekat sekolah .
3. Kau terlalu aktif .
4. Kau terlalu tidak aktif .
5. Kerajaan nak balas dendam dekat kau .

Okay yang nombor 5 tu tak ada kena mengena . 


Benda pertama kauorang nak tahu mesti pasal elaun PLKN kan ? Tak payah nak buat muka suci tak bersalah . Aku tahu apa kauorang pikir . Elaun RM450 je. RM150 sebulan . Hah terkejut terkejut . Tutup mulut kau sekarang . Pun begitu , RM150 sebulan tu tak semestinya masuk on time . Kau kena tahu yang ada berapa puluh kem ada dekat Malaysia ni . Bukan kau sorang pelatih PLKN . Sabarrrrr . Kau dapat jugak nanti elaun tu . Elaun sikit ? Memanglah kalau kauorang bekerja lagi banyak duit boleh dapat . Sekarang dah kena PLKN kan kann ? So diam. 


Apa yang kauorang kena sediakan ? Kalau yang dah biasa tinggal dekat asrama sendiri mahu tahulah. Lain lah kalau kauorang jenis yang duduk celah ketiak mak ayah setiap masa, semua mak buat , semua ayah sediakan. Untung tahu untung ? So antara sebab-sebab kauorang dihantar ke PLKN ialah untuk buang perasaan tak kenang diuntung kauorang tu . Err betul tak ayat Bahasa Melayu aku tu? Tak kisah lah. Atau bahasa sopannya untuk didik kauorang berdikari.


Okay dalam surat tawaran yang kauorang akan dapat nanti ataupun dah dapat dia akan suruh kauorang buat medical check up. Tapi aku tak buat pun sebab pergi klinik kesihatan kerajaan. Doktor dengan nurse kerajaan semua pemalas. Okay tak aku gurau. Maaf. Sebenarnya nurse tu akan tanya kau dulu beberapa soalan macam yang dia tanya aku, lebih kurang gini lah "Adik comel ada surat dari mana-mana doktor tak? Atau adik comel ada sakit apa-apa tak macam lelah ke gastrik ke. Kalau tak ada adik comel tak perlu buat medical check up. Adik comel boleh terus pergi berkhidmat untuk negara" Haha.


Jadi dalam surat tu tertulis yang kau tak perlu bawa selimut, cadar, bantal, katil, kayu katil, almari, ampaian baju, peti ais, televisyen. Okay maaf. Selimut, cadar, bantal, katil nipis, diaorang akan sediakan. Bantal busuk kauorang yang dari tadika tu pun tak boleh bawa sebab akan ada pemeriksaan beg dekat kem nanti. Yelah mana tahu kot kot ada wira-wira yang nak cuba seludup rokok gam syabu hestacy. Melampau tu Fasha melampau. Kau kena tahu yang kem khidmat negara ni bawah pengawasan tentera dan polis . Kebanyakan kem , tentera lah yang menjaganya . Jurulatih-jurulatih pun banyak yang pernah berkhidmat sebagai tentera. Kalau kau kantoi, unit disiplin lah jawabnya. 

Unit disiplin tu apa ? Macam mana hukumannya ? Dekat kem nanti kau tahu lah aku malas nak cerita. 

Hah dan untuk anak-anak orang kaya yang ada katil tebal macam katil king kong king kong tu , siap sedia lah kauorang. Katil dekat sana nipis sampai boleh terasa papan katil. Ini dekat kem aku lah. Kem lain aku tak tahu. Kalau kauorang bernasib baik, kauorang akan dapat katil tebal sikit. Sikit okay sikit faham sikit?


Ada yang tanya aku baju kurung, baju melayu nak bawa berapa banyak ? Jawapan aku senang je, kalau beg kau besar macam kapal terbang, kau nak bawa 1 tan pun tak apa. K gurau gurau. Kau bawa 2,3 helai pun dah boleh . Kalau kau malas sangat bawa sehelai dah lah. Then tukar-tukar dengan kawan dekat sana. Kem aku tak banyak guna baju kurung. Kem lain tak tahu lah. Malam kerohanian pun tak diwajibkan pakai baju kurung. Malam kerohanian? Kauorang akan dihidangkan dengan ceramah-ceramah berunsur agama. Kalau kauorang dapat ustaz, ustazah yang best, kauorang sangat bertuah. Macam aku. Tak kena marah pun kalau tidur berdengkur-dengkur dekat belakang. Ish ish teruk Fasha ni.


Lagi 1, kauorang bawa lah baju yang lawa sikit untuk malam kebudayaan. Dulu aku bawa kebaya barung. Tapi tak pakai pun. Sebab kem aku tak ada malam kebudayaan. Malang sikit dapat kem dekat Sabah sebab kecoh dengan pencerobohan LD masa tu. Tapi tu lain cerita okay. Kawan-kawan aku ada bawa baju tradisi bajau. Ya Allah lawa weh. Wirawati-wirawati pun banyak simpan heels, wedges, flat shoes dekat bawah katil. Jangan risau. Itu tak akan dirampas. Yang akan dirampas alat-alat kosmetik. Kalau kauorang bernasib baik, mungkin ada yang akan terlepas pandang oleh jurulatih-jurulatih bertugas.


Aku tak pernah pun bermekap gincu lipstick blusher eye shadow dekat kem PLKN . Sendiri pikir bila muka  sendiri dah burn , semua pun burn. Tak perlu kau nak bermekap-mekap tebal bagai ni. Kau pikir pusat latihan tu pusat membeli belah ke? Bila peluh, mekap cair, bedak tampuk tampuk . Then wira tegur . Malu wirawati padan muka kau . Macam wira, tak perlu lah kau nak pakai topi songkok kopiah snow cap bila kau dah botak. Hang kalut nak pi tang mana? Semua sama, semua botak . Wirawati jatuh cinta jugak dengan hang satgi . Taw-taw ja ada surat lovelove KANTOI dengan cikgu. Malang hang sapa sughoh (suruh) gatai ngat .


Aku dah melencong jauh ni .


Ehem . Berbalik kepada cerita asal . Waktu pendaftaran PLKN, kauorang pakai baju biasa pun boleh . Ada je yang pakai jeans . Tapi dekat kem nanti, kauorang kena simpan jeans skinny straight cut kauorang yang brand mahal letopletop tu. Kalau jurulatih nampak, maybe kena marah je . Kalau Tuan Komandan Kem nampak? Sendiri pikir alasan.


Track suit bawa lah 2,3 . Dekat sana kau akan dapat jugak tracksuit . Baju t-shirt, hah yang ini setiap kem berbeza . Ada kem yang time malam, diaorang kena pakai baju PT yang pihak JLKN dah bagi . Tapi kem aku lain , kitaorang dibenarkan pakai baju bebas time malam . So menyesal pun dah tak berguna sekarang sebab tak bawak tudung macam-macam color yang berlambak dekat rumah ni and tak bawak baju jersey lebih-lebih. Aku suka pakai jersey . Then pakai hand socks/inner . Simple . (Diaorang taknak tahu pun pasal kau Sha.) Okay fine. So ada baiknya kalau kau cari siapa bekas-bekas pelatih kem kauorang supaya kauorang lebih tahu dengan mendalam pasal kem kauorang . Itupun kalau kauorang nak lah. Tiada unsur paksaan di sini. 


Dan dekat tempat pendaftaran sana nanti, kauorang pergi cari khemah yang tertulis nama kem kauorang then daftar diri dekat situ, Lepas tu kauorang akan diberi nombor plat bas. Hah pergi lah naik bas tu. Tunggu apa lagi ? Durian runtuh ?


Di sini ada pesanan dari pihak penaja. Janganlah sombong bongkak ego. Kenal-kenal lah antara satu sama lain . Kauorang tetap akan duduk satu kem jugak nanti . Nak tak nak, kena berjumpa bertentang mata hati ke hati . Ewah macam cerita bollywood.

Oh ye. Jangan lupa minta maaf dekat keluarga, sahabat handai, saudara mara, binatang peliharaan, dan semua yang kau kenal. Kauorang kan nak pergi berkhidmat untuk negara. Bersedia lah untuk apa-apa kemungkinan. (Fasha , ayat kau macam diaorang nak pergi berperang je.) Oh maaf  yelah . kita tak tahu masa depan kan . 


Makan dekat sana jangan risau. 6 kali sehari . Yang kurus dah confirm confirm kauorang akan naik berat badan . Dan yang tak berapa nak kurus (guna perkataan gemuk kang kasar nau) kauorang akan turun berat badan. Percaya lah cakap aku. Aku dah mengalaminya. Dari KL 48 kg, balik KL 52 kg. Sekarang berat dah turun balik k. 


Dekat sana ada 4 modul . Mula-mula kauorang akan masuk kelas dengan pelatih-pelatih lain untuk belajar modul pembinaan karakter. Ada jurulatih yang akan mengajar, kauorang kena panggil diaorang cikgu. Semua jurulatih kauorang panggil cikgu. Tak kira lah jurulatih multiskill or jurulatih fizikal . Cuma ada 3 orang yang kauorang akan panggil tuan. Tuan Komandan Kem, Tuan Timbalan Komandan Pengurusan, Tuan Timbalan Komandan Latihan. Err dekat kem aku gini . Kem lain pun sama je rasanya. Yang kerani , pembantu perubatan apa semua tu. Kauorang kena panggil staff . Macam pelik je panggil staff . Tapi tu lah perbezaannya.


Dalam masa yang sama sebelah petang kauorang akan menjalani modul fizikal. Bab ni siapa yang suka lasaklasak memang gentle seronok habis lah. Cuma yang tak bestnya untuk wirawati bila balik blok/dorm semua pakat belek belang dekat muka masing-masing. Belang dekat muka ? Burn lah tu weii burn. Masa dalam 2-3 minggu lebih kurang gitu lah . Lepas tu baru masuk modul kenegaraaan dengan modul khidmat komuniti. Yang ni best . Serius guwa tak tipu lu . Memang best terbaik dari ladang punya . Masa ni baru kauorang akan sedar semangat cinta akan tanah air kauorang dekat tahap mana. Setiap orang ada pengalaman yang berbeza . Tapi kalau tanya aku, aku akan cakap 'aku bangga masuk PLKN sebab buat pertama kali aku menangis dengar lagu Negaraku ialah waktu aku berada di kem PLKN' . Wahh gitu. Semangat kemain. Sampai interview biasiswa pun aku terbawakbawak semangat patriotik . Dah Fasha dah dah . 


Kalau kauorang sakit jangan risau , khidmat medic disediakan . Free of charge . Nak pergi hari-hari pun tak apa . Tapi kalau kau nak jadi wanted pelatih yang berpurapura sakit setiap hari , cuba lah buat.


Pasal baju dengan kasut pun jangan kusutkan otak sampai kepala dah botak before pergi PLKN . Diaorang akan sediakan . Kalau koyak , boleh tukar dekat stor logistik . Tapi kalau hilang, pandai-pandailah kau. Eden idok le tahu .


Panjang lebar dah aku tulis ni . Esei sejarah SPM aku pun tak panjang gini . Sampai sini je lah kot aku larat nak conteng monteng . Kalau ada apa-apa soalan , boleh tanya aku dekat facebook , twitter , or email aku  . And nah . Ini maklumat lebih lanjut . Tekan sini ---> wikipedia PLKN

Sekian ,
Wirawati Kumpulan 1 Siri 10 2013 yang bersemangat patriotik .


Assalamualaikum .



note : apa-apa pun yang berlaku, kauorang kena ingat yang kauorang dengan pelatih-pelatih lain dalam kumpulan yang sama . Contoh kumpulan 20 siri 100 tahun 2050 . Apa-apa yang kauorang buat akan menaikkan nama dan memburukkan nama kumpulan kauorang . Ingat . Kerjasama penting dalam sesebuah kumpulan . Akhir kata , sekalung TAHNIAH diucapkan kerana terpilih ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) !.