❁ Fikiran Sempit
Friday, May 3 | 22:05
POLITIK
Ada apa dengan politik ?
POLITIK itu bahaya
POLITIK itu racun
POLITIK itu parasit
POLITIK itu pembawa kemusnahan
POLITIK itu kepuasan
POLITIK itu kehidupan
Kerana POLITIK
Suami isteri bercerai
Sahabat karib bergaduh
Adik beradik berpisah
Perperangan berlaku
Kenapa berfikiran sempit?
Ini negara demokrasi
Hak kita untuk memilih pemimpin
Siapa mahu mundur?
Siapa mahu miskin?
Siapa mahu kegagalan?
Jadi kenapa perlu berfikiran sempit?
Kita mahu negara yang aman
Rakyat yang patriotik
Pemimpin yang adil dan saksama
Negara setanding negara maju
Kembalikan Malaysia
Malaysia yang aman sejahtera
Malaysia yang kaya dengan budaya dan tradisi
Malaysia yang mempunyai keistimewaan nilai sejarahnya sendiri
Adakah aku, kau, dia, kita atau mereka yang berfikiran sempit?
note: Hanya puitis kosong