Beautiful * Monster }










profile friends entry dashboard followers facebook twitter older newer
❁ Niat tak pernah menghalalkan cara
Monday, February 9 | 00:35

Assalamualaikum. 


Baru-baru ni Sha ada terbaca pasal satu produk untuk turunkan berat badan yg makin hangat di pasaran. Testimoni nya masha Allah semuanya hebat gempak almaklumlah nak tarik lagi ramai customer. Ada yg berjaya turun 16kg dalam masa 3 bulan, 10kg dalam masa sebulan, paling hebat 20kg dalam masa 15 hari pun ada. Tapi Sha bukan nak cerita pasal mereka-mereka yg berjaya turunkan berat badan ni, harini Sha nak cerita pasal niat. Apa niat sebenar mereka turunkan berat badan? Nak membahagiakan suamikah? Atau supaya dapat pakai pakaian ketat menampakkan susuk tubuh badan sehingga menarik minat ajnabi untuk mendekatinya? Wallahu a'lam, hanya tuan empunya badan yg tahu niatnya. Kita hanya mampu untuk husnuzon (bersangka baik).


Tapi sebagai saudara sesama Islam, sedih bila kita lihat, kalau dulu seseorang itu agak mustahil untuk berpakaian ketat menampakkan susuk tubuh badan mungkin kerana malu dirinya bersaiz besar ada lemak dkt lengan, perut peha dll tapi sekarang bila dah kurus mereka dah berani untuk mengenakan pakaian yg boleh menjolok mata. Terlintas di fikiran, apakah niat sebenar mereka menguruskan badan? Adakah supaya mereka boleh menjadi idaman dan igauan ajnabi atau ingin meningkatkan keyakinan diri berhadapan dgn orang ramai? 


Ustazah Sha dulu pernah pesan, sentiasa pasang niat yang betul setiap kali kita buat sesuatu. Kita kena ingat kita ni khalifah dimuka bumi Allah. Kalau niat tu terpesong, betulkan balik sbb dah jadi lumrah manusia yg sentiasa melakukan kesilapan namun begitu Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Cukuplah sekadar aib kita Tuhan yg Maha Esa je yg tahu. Tak ada siapa di antara kita (kaum Hawa) yg nak ayah, abang, adik lelaki atau suami untuk masuk ke dalam neraka akibat menanggung dosa kita. Niat yg betul akan membawa kepada perlakuan yg betul, in shaa Allah mampu menjadikan kita penghuni syurga kelak. Siapa yg tidak mahu masuk ke Syurga? 


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda, "Semua umatku akan masuk ke syurga kecuali yg menolak." Para sahabat bertanya, "Hai Rasulullah, siapakah yang menolak?" Rasulullah menjawab, "Orang yg taat kepadaku maka dia akan masuk syurga, dan orang yg mendurhakaiku bererti mereka yg menolak syurga." (HR al-Bukhari)


Contoh yg lain Facebook. Cuba bayangkan Facebook tak ada button 'like'. Apa kena-mengena button 'like' dgn niat? Nah mari kita sama-sama berfikir diluar kotak. Kadang-kadang mungkin niat seseorang itu betul nak sampaikan benda yg baik. Tapi berapa ramai orang yg post sesuatu hanya untuk orang lain just baca without hoping for 'likes' from readers? "Banyak orang like status/post aku. Famous jugak aku ni ek" Nampak? Tanpa niat yg betul boleh wujudkan perasaan riak dlm diri kita. Kita post benda tu sebab nak suruh orang like, nak jadi fb-femes/insta-femes/twit-femes dan sewaktu dengannya. Kalau boleh ada baiknya kita post sesuatu yg dapat menyampaikan ilmu, so that orang baca benda bermanfaat ataupun sampaikan benda-benda penting. Niat tu kena betul sebab benda riak, sifat tunjuk menunjuk ni memang Allah tak suka. Jadi, renung-renungkan. Selamat beramal.



"Ya Allah sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah, Maha Penyayang. maka ampunilah dosa-dosa kami. Sesungguhnya kami tergolong dalam kalangan orang-orang yang tidak tahu, lalai dan kadang-kadang terlupa. Ampunilah kami ya Allah. Terimalah amal ibadat yang kami lakukan. Jauhkanlah kami dari seksaan api nerakaMu yang sangat pedih itu. Jauhkan kami dari sifat riak, takabbur, ujub, sombong, angkuh, bongkak dan sewaktu dengannya. amiin ya Allah".






note : Niat tidak pernah menghalalkan cara. Saya ingatkan untuk diri saya jua :)