β Gong Xi Fa Cai
Saturday, February 21 | 13:37
Assalamualaikum.
Cuti Raya Cina ni ingat nak update blog. Berangan nak post entry baru. Tapi dah nama pun berangan. Lagipun tak berapa sihat sangat sekarang. So angan tinggal kenangan je lah.
Nanti guwa dah update guwa roger. Nak kira angpau kejap. Alhamdulillah tebal seperti biasa hiks.
Akhir kata, Gong Xi Fa Cai. Xin Nian Kuai Le :)
note : Aunty Susan cakap tahun ni kena jimat cermat. Yang bujang elok kahwin. Mak, nak kahwin ππ. Mampus kena kejar dengan kapak.
β Niat tak pernah menghalalkan cara
Monday, February 9 | 00:35
Assalamualaikum.
Baru-baru ni Sha ada terbaca pasal satu produk untuk turunkan berat badan yg makin hangat di pasaran. Testimoni nya masha Allah semuanya hebat gempak almaklumlah nak tarik lagi ramai customer. Ada yg berjaya turun 16kg dalam masa 3 bulan, 10kg dalam masa sebulan, paling hebat 20kg dalam masa 15 hari pun ada. Tapi Sha bukan nak cerita pasal mereka-mereka yg berjaya turunkan berat badan ni, harini Sha nak cerita pasal niat. Apa niat sebenar mereka turunkan berat badan? Nak membahagiakan suamikah? Atau supaya dapat pakai pakaian ketat menampakkan susuk tubuh badan sehingga menarik minat ajnabi untuk mendekatinya? Wallahu a'lam, hanya tuan empunya badan yg tahu niatnya. Kita hanya mampu untuk husnuzon (bersangka baik).
Tapi sebagai saudara sesama Islam, sedih bila kita lihat, kalau dulu seseorang itu agak mustahil untuk berpakaian ketat menampakkan susuk tubuh badan mungkin kerana malu dirinya bersaiz besar ada lemak dkt lengan, perut peha dll tapi sekarang bila dah kurus mereka dah berani untuk mengenakan pakaian yg boleh menjolok mata. Terlintas di fikiran, apakah niat sebenar mereka menguruskan badan? Adakah supaya mereka boleh menjadi idaman dan igauan ajnabi atau ingin meningkatkan keyakinan diri berhadapan dgn orang ramai?
Ustazah Sha dulu pernah pesan, sentiasa pasang niat yang betul setiap kali kita buat sesuatu. Kita kena ingat kita ni khalifah dimuka bumi Allah. Kalau niat tu terpesong, betulkan balik sbb dah jadi lumrah manusia yg sentiasa melakukan kesilapan namun begitu Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Cukuplah sekadar aib kita Tuhan yg Maha Esa je yg tahu. Tak ada siapa di antara kita (kaum Hawa) yg nak ayah, abang, adik lelaki atau suami untuk masuk ke dalam neraka akibat menanggung dosa kita. Niat yg betul akan membawa kepada perlakuan yg betul, in shaa Allah mampu menjadikan kita penghuni syurga kelak. Siapa yg tidak mahu masuk ke Syurga?
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda, "Semua umatku akan masuk ke syurga kecuali yg menolak." Para sahabat bertanya, "Hai Rasulullah, siapakah yang menolak?" Rasulullah menjawab, "Orang yg taat kepadaku maka dia akan masuk syurga, dan orang yg mendurhakaiku bererti mereka yg menolak syurga." (HR al-Bukhari)
Contoh yg lain Facebook. Cuba bayangkan Facebook tak ada button 'like'. Apa kena-mengena button 'like' dgn niat? Nah mari kita sama-sama berfikir diluar kotak. Kadang-kadang mungkin niat seseorang itu betul nak sampaikan benda yg baik. Tapi berapa ramai orang yg post sesuatu hanya untuk orang lain just baca without hoping for 'likes' from readers? "Banyak orang like status/post aku. Famous jugak aku ni ek" Nampak? Tanpa niat yg betul boleh wujudkan perasaan riak dlm diri kita. Kita post benda tu sebab nak suruh orang like, nak jadi fb-femes/insta-femes/twit-femes dan sewaktu dengannya. Kalau boleh ada baiknya kita post sesuatu yg dapat menyampaikan ilmu, so that orang baca benda bermanfaat ataupun sampaikan benda-benda penting. Niat tu kena betul sebab benda riak, sifat tunjuk menunjuk ni memang Allah tak suka. Jadi, renung-renungkan. Selamat beramal.
"Ya Allah sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah, Maha Penyayang. maka ampunilah dosa-dosa kami. Sesungguhnya kami tergolong dalam kalangan orang-orang yang tidak tahu, lalai dan kadang-kadang terlupa. Ampunilah kami ya Allah. Terimalah amal ibadat yang kami lakukan. Jauhkanlah kami dari seksaan api nerakaMu yang sangat pedih itu. Jauhkan kami dari sifat riak, takabbur, ujub, sombong, angkuh, bongkak dan sewaktu dengannya. amiin ya Allah".
note : Niat tidak pernah menghalalkan cara. Saya ingatkan untuk diri saya jua :)
β Idola
Friday, December 12 | 19:09
Assalamualaikum.
Minggu lepas Sha dgn kawan-kawan jadi fasi untuk tolong lancarkan aktiviti-aktiviti Kem Celik al-Quran dkt Masjid Sek 7 for a week. Tapi sha bukan nak cerita pasal aktiviti dkt sana. Sha nak cerita pasal soalan yg adik-adik perempuan tanya waktu slot bersama Ustazah Aida hari Jumaat lepas. Actually, slot ni fasi yg handle sementara tunggu Ustazah datang. So, kitaorang minta adik-adik untuk tuliskan apa-apa soalan dkt kertas and pass ke depan. So bila soalan pun dah dikumpulkan, not surprisingly, soalan yang paling banyak ditanya pasal crush. Why? Sbb ustazah Sha, mak Sha pun ada cakap, at their age mmg diaorang sibuk nak couple nak kenal dgn lelaki. Baru nak matang lah katakan. (Jangan cakap diaorang, akak-akak fasi pun dah pernah rasa mcm tu haha)
Ada satu soalan adik perempuan tanya yang Sha rasa interesting sangat. "Bolehkah kita jadikan orang yg kita sayang sebagai orang yg kita minati?" So I took the courage to answer that question. Sha teringat ada satu ceramah Sha pergi or tengok dekat tv (I couldn't remember but I think it was '3 Ustazah' on Astro Oasis) the topic was about Idola. Ustazah tu cerita, dia pernah tanya sorang anak murid dia, "Siapa idola kamu?" Anak murid tu jawab "Saidatina Aisyah ra." Ustazah tanya lagi, "Kenapa bukan ibu kamu?" Anak murid tu jawab "Sbb ibu tak hebat mcm Saidatina Aisyah." Allah. Macam tu anak muridnya jawab. Ustazah pesan pada penonton yg ada dkt masjid dan penonton dirumah, jadikan ibumu, idolamu. Walaupun ibu tak hebat, walaupun ibu tak kaya, walapun ibu tak istimewa, walaupun ibu tak berjihad, jadikan ibu idolamu.
Kenapa?
"Kalau ibu tak hebat, ibu tak mampu membawa kandungan selama 9 bulan. Ibu tak mampu melahirkan anak-anaknya. Ibu tak mampu membesar dan menjaga anak-anak ibu sampai sekarang.
Kalau ibu tak kaya, tak ada sedikit pun kasih sayang ibu yang anak-anak ibu rasa sekarang. Ibu tak kaya dengan duit, tapi ibu sangat kaya dengan kasih sayang. Siapa yang mampu beli kasih sayang ibu? Sekaya manapun seseorang itu, pasti tidak mampu dia menghidupkan ibunya yang telah meninggal dunia semata-mata untuk dapatkan kasih sayang ibu.
Kalau ibu tak istimewa, tak ada anak-anak ibu di muka bumi ini. Allah swt berikan keistimewaan iaitu kelebihan kepada ibu untuk mengandung. Tak semua perempuan mampu untuk mendapat zuriat wahai anakku.
Kalau ibu tak berjihad, mengapa kamu berada di atas dunia ini wahai anakku? Tahukah kamu apabila seorang ibu sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
Dari Jabir bin β Atik, Rasullullah S.A.W bersabda : β Mati Syahid itu ada tujuh selain mati terbunuh dalam medan perang.Yang pertama ialah mati kerana penyakit thaβun.Kedua mati kerana tenggelam .Ketiga mati kerana penyakit lambung.Keempat mati kerana sakit perut.Kelima mati kerana terbakar.Keenam mati kerana ditimpa keruntuhan dan ketujuh,wanita yang mati ketika hamil atau kerana melahirkan anaknya β ( Hadis Ahmad Abu Dawud,NasaβI dan Malik )."
Hebatnya ibu kita tak dapat bayangkan. Baru Sha nak sambung cerita, suddenly ada sorang adik angkat tangan dan tanya "Kak Fasha, kalau orang yg kita adore tu org yg kita suka macam mana pulak?" Sha faham apa yg adik tu cuba tanya. Crush. Time tu Sha terfikir kenapa kita nak jadikan lelaki/perempuan yang bukan mahram sebagai idola kita? Atau mungkin mereka hamba Allah yg taat, soleh solehah, jadi tak salah untuk kita minat cuma pastikan niat kita tu betul. Minat kerana perasaan suka (sayang) dekat dia atau minat cara kehidupan dia. Mungkin minat cara dia belajar, cara dia menjadi anak yang patuh pada ibu bapa atau cara dia balance-kan kehidupan dia rohani emosi dan jasmani. Jadi niat yg betul melahirkan perbuatan yg betul.
Kebetulan Ustazah Aida dah sampai waktu Sha jawab dan ustazah angguk dengar jawapan Sha so Alhamdulillah Sha tahu jawapan Sha tak salah. Yelah takut jugak kita jawab benda yang salah dkt adik-adik kan.
Baru Sha nak habiskan, ada lagi sorang adik tanya, "Kak Fasha, kalau orang yang kita minat tu artis macam mana?" Haa kali ni pulak Sha teringat zaman MRSM. Ada seorang kawan ni, dia minat sangat dengan artis Korea. Minat yg melampau-lampau sampai dekat atas meja, gambar dlm phone, wallpaper phone penuh gambar artis Korea. Pernah jugak Sha tanya kawan Sha tu kenapa gambar artis Korea penuh atas meja dia tapi gambar mak ayah dia tak ada satu pun yang Sha nampak. Sampai ustaz pun tegur. Tapi Alhamdulillah, tak lama tu dia letak gambar mak ayah dia atas meja.
Tak salah untuk kita minat tapi jangan sampai lupa Allah, lupa Rasulullah, lupa mak ayah. Hari-hari kita dengar lagu artis yang kita minat, berapa kali kita dengar dan sahut laungan azan? Hari-hari kita seronok bersembang dan cari update terbaru pasal artis yang kita minat, berapa kali kita seronok dan ikhlas salawat ke atas Nabi Muhammad saw? Hari-hari kita tengok gambar artis yang kita minat, berapa kali kita tengok muka mak ayah kita dalam sebulan? Sekadar minat untuk perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik tak salah, cuma jangan minat sampai tersasar dari niat yang sebenar. Sebagai contoh, minat sangat dgn artis tu sbb dia rajin bekerja mencari rezeki yang halal dan tak lupakan keluarga, tapi bukan minat artis tu sampai diri sendiri pun berkeinginan untuk berpakaian seksi dan ketat menampakkan aurat dan susuk tubuh badan kepada yang bukan mahram.
Alhamdulillah ustazah Aida pun nampak puas hati dengar jawapan Sha. Banyak lagi soalan adik-adik tanya tapi tak semua yang Sha atau fasi-fasi lain jawab. Lepas habis slot pun still ada adik-adik yang semangat tanya itu ini dekat akak-akak fasi. Kelakar pun ada dengar soalan-soalan diaorang ni. Tapi macam ustazah cakap, benda biasa budak-budak banyak bertanya sbb perasaan ingin tahu tinggi dan dalam proses pembesaran. Dkt Kem Celik al-Quran ni bukan setakat adik-adik je yg belajar pasal fardhu ain dll tapi fasi-fasi pun banyak belajar sepanjang kem ni. Mcm Sha sendiri, Sha dapat belajar untuk cuba jawab sebaik mungkin kalau ada orang tanya apa-apa and kalau tak tahu refer pada yang lebih mahir.
So setakat ni je Sha nak share cerita. In shaa Allah lain kali Sha post entry baru lagi. Last but not least, nah Sha belanja sikit gambar time aktiviti.
with love,
note : Renung-renungkan, selamat beramal :)







