Beautiful * Monster }










profile friends entry dashboard followers facebook twitter older newer
❁ Bukan Lelaki
Saturday, May 30 | 21:43


Kalau aku lelaki dah lama aku masuk pinang engkau.

Kalau aku.

Lelaki.


❁ Melayu vs Cina
Monday, March 16 | 23:42

Assalamualaikum.

Aku terdetik nak tulis pasal Melayu vs Cina ni bila berlakunya few accidents dalam kehidupan aku sejak kebelakangan ni. But just for small reminder, apa yang aku tulis ni hanya berdasarkan pengalaman aku. Mohon jangan generalise-kan. Terima kasih. 

Raya Melayu dan Raya Cina dalam kehidupan aku banyak mengajar serba sedikit tentang erti kehidupan sebenar. Dulu kecik-kecik cuma tahu nak duit raya, nak angpau. Konon nak kumpul, tapi bila mak tanya sebulan kemudian pasal duit raya, dengan slumbernya aku jawab "dah habis lama dah mak" sambil tersengih menampakkan gigi taring dua batang. Bila dah besar sikit dah mula faham erti tali persaudaraan time raya. Raya bukan tentang duit raya, bukan tetang makanan, bukan jugak tentang baju baru mahupun tentang kereta siapa paling besar atau handphone siapa paling canggih. Raya tentang keluarga. Kasih sayang dalam keluarga.

Mak cakap kita tak boleh compare level kasih sayang dalam keluarga masing-masing. Kasih sayang tu bukan benda yang boleh diukur. Tapi kasih sayang tu boleh dirasa dengan hati dan jiwa. Dan aku sendiri dapat merasakan kasih sayang time raya Melayu dengan raya Cina. Tiada perbezaan yang ketara. Dua-dua makcik pakcik Melayu dan Cina aku suka bergossip, sembang riuh rendah. Dua-dua cousin belah Melayu dan Cina suka berlawan tentang kehebatan masing-masing. Tetapi. Ada beza gossip mereka. Ada beza kehebatan mereka.

Gossip pakcik Makcik Melayu kalah wartawan Melodi. Aku pendekkan cerita, Melayu ni lebih kepada mengutuk ketika bergossip. Tetapi. Uncle Aunty Cina bergossip tentang kehebatan adik-beradik mereka, dalam membesarkan anak-anak, dalam kerjaya, dalam rumah tangga. Beza. Ternyata berbeza.

Sepupu Melayu (aku kecilkan group kepada adik-adik yang masih sekolah rendah) tidak kurang hebatnya seperti ibu bapa mereka. Berlawan sesama sendiri. Dalam mempunyai gajet tercanggih sebagai contoh. Pernah aku tengok sepupu-sepupu kecil ini gaduh lawan handphone siapa paling hebat boleh download aplikasi yang pelbagai di App Store. Tetapi. Cousins Cina aku sakan gaduh nak buktikan jawapan Addmath siapa yang betul. Mereka berlawan kehebatan dalam pelajaran. Siapa yang paling hebat dalam UPSR, PMR (PT3) dan SPM. Beza. Ternyata berbeza.

Time raya jugak aku dapat tengok gelagat orang Melayu dan orang Cina. Jarang nak tengok anak-anak dara Melayu ke dapur bila makcik-makcik dah balik kampung. Nak minum air suam pun disuruh sepupu kecil ambilkan segelas. Tapi anak-anak dara Cina sibuk belajar memasak hidangan perayaan mereka. Preparation jadi isteri terbaik katanya. Anak-anak dara Melayu taknak kahwin ke?

Boleh kata lebih 12 jam anak-anak muda Melayu habiskan masa mereka mengadap smartphone masing-masing. Sakan WhatsApp baju raya baru dekat kawan-kawan. Sakan Selfie, Wefie untuk dipost ke Facebook, Twitter, Instagram, etc. Tapi anak-anak muda Cina sakan bersembang sesama sendiri tanyakan khabar perkembangan terbaru. Sakan bermain permainan catur Cina bersama-sama. Handphone, smartphone jarang sungguh nak tengok mereka pegang. Tak hairanlah aku sendiri tak kenal sepupu Melayu belah Mak dan Abah tapi boleh kenal semua cousin Cina belah Abah. Ye. Aku ckp pasal diri sendiri. Kerana aku juga Melayu keturunan Cina.

"tett tett tett tett ..."
"Aiya Amoi, apa main handphone sana. Wah sudah dapat Angpau sana lari. Melayu macam ini ke."
"Tak lah aunty, reply whatsapp kawan kejap."
"Whatsapp itu malam lah. Ini kawan(cousins) depan mata ada, kawan jauh dicari."
"Okay aunty okay. Kejap eh saya simpan ini handphone."
"Haa barulah banyak bagus. Jangan jadi macam itu Melayu ada otak tapi tarak guna. Jadi Melayu itu banyak bagus."
"Aunty slow sikit. Pakcik makcik lain dengar nanti habis raya jadi racist."
"Betul lah apa aunty kamu cakap tu. Pakcik setuju sangat. Anak-anak melayu mcm kamu ni mudah sangat terpengaruh. Anti-sosial sepanjang masa. Dah tu ada internet duk layan whatsapp lah instagram lah. Kamu ada instagram?"
"Tak ada pakcik. Emm tapi saya ada Twitter."
"Ha tu lah Twitter Facebook. Kamu layan semua tu tengok berita ke saja-saja chat dgn kawan sana sini?
"Tapi saya ada The Economist."
"Tu maybe sbb kamu belajar Econs betul tak?"
"Emm ye."
"Ha kan betul pakcik cakap. Kamu baca The Economist tu kamu tahu GST tu pasal apa?"
"Err 6% cukai dikenakan?"
"Dikenakan dekat siapa? Baca lagi. Selidik lagi."
"Pakcik nak tanya sikit lah kan. Jangan marah eh. Pakcik bukan pakatan ke?"
"Hmmm. Apa pakcik nak cakap sekarang. Kamu orang muda kena banyak membaca. Baca benda berilmu. Bukan like, share apa orang update bukan-bukan dkt Facebook sana. Cuba kalau kamu share video tazkirah ustaz ke. Kalau orang baca, pahala pun dapat dkt kamu sbb tolong share benda berfaedah."
"Okay pakcik. Terima kasih."
"Kamu dengar ke tak apa pakcik duk cakap dkt kamu ni? Anak-anak muda macam kamu ni bukan boleh ditegur. Tegur sikit melenting. Panas barannya dahsyat sungguh."
"Dengar pakcik dengar. In shaa Allah saya terima teguran pakcik. Thank you jugak Aunty."
"Pergi sana lah sembang sama itu kawan (cousins) baru boleh share itu ilmu sama-sama, betul?"
"Betul aunty betul."

Dari dialog dkt atas. Aku harap korang faham apa tujuan aku share perbualan aku dgn aunty and pakcik aku. Yang tak elok jangan diambil, yang elok mohon dijadikan iktibar dan pengajaran. Orang dulu-dulu cakap, orang yang hidup lebih lama ni dah makan asam garam lebih banyak dari kita si anak-anak muda ni. Tak kira lah kau Melayu ke Cina ke UMNO ke Pakatan Rakyat ke, sama-sama kita ambil iktibar. Majukan diri dengan membaca. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang aku, kau, dia tak tahu. Bumi Tuhan ni luas. Aku bukan jugak nak bandingkan Cina dan Melayu yang mana lagi hebat. Aku cuma nak berkongsi pengalaman aku yang tak seberapa ni. Tentang kasih sayang kekeluargaan yang aku rasa dari mereka. Walaupun aku bukan anak mereka, walaupun aku tak reti berbahasa cina. Mereka menegur untuk kebaikan aku. Dan aku? Aku sangat berterima kasih dgn pakcik dan Aunty yang menegur sebab mereka sayangkan aku. Betul kata mak. Sayang tu tak dapat diukur. Tapi sayang itu dapat dirasa.

So aku rasa setakat ni je aku conteng monteng entry kali ni. Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk tu datang dari aku sendiri. Renung-renungkan :)

Assalamualaikum.




note: Aku repeat, apa yang aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku. Lain orang, lain kisahnya, lain taste-nya, It depends on your own judgment and observation. Dan ini? Ini kisah aku :)




❁ Jawapan Hijab Jilboob
| 22:32

Assalamualaikum. Perbualan di bawah tidak disertakan nama sebenar - hanya sebagai kisah pendek yang meninggalkan satu persoalan untuk anda.


"Kak Fasha kenapa akak tu pakai tudung macam tu? Umi ajar adik pakai tudung tutup dada." - Adik
"Tu bukan hijab. Tu jilboob" - Abang
"Abang jaga bahasa cakap dgn budak kecik. Kang dia mengikut macam mana?" - Babah
"Sorry Babah." - Abang
"Kak Fasha jawablah. Kalau Umi ada mesti Umi jawab soalan adik. Umi tak pernah tak jawab soalan adik." - Adik
"Pakcik, nak jawab apa ni?" - Fasha
"Jawablah dengan jawapan yang paling terbaik kamu mampu beri untuk anak kesayangan pakcik." - Pakcik



Kalau anda jadi saya, apa yang anda jawab?



note: Hidayah itu milik Allah dan bukan manusia yang memberi. Benar Allah itu pemegang hati namun kita disuruh berusaha, berusaha mencari hidayah. Aku berterima kasih dengan rakan-rakan sekeliling. Yang memimpin tangan aku ke jalan syurga. Terima kasih sahabat dunia akhirat.